Favorite Food

Lately ni rajin pula sis ber-blogging perasan idok ? So topik kalini "Favorite Food" . Saja nak share apa yg sis suka & mana yg rapat dgn sis tau lah sis suka apa kan . Before nak upload gambo just nk ckp yg gambo ni semua diambil bersumberkan encik google ye korang :)

1) Buat baru nak kenal aku, aku ni memang hantu asam. Aku rasa aku ikut jejak parents aku since dedua suka makan asam hahaha.Tbh , ni asam paling aku suka ( asam masin ) . Walaupun nama dia asam which is suppose to taste sour but this one lain sikit , nama je asam tapi rasa dia masin . Makan ni mmg akan cari air sejuk kosong sebab kombinasi depa sangat best ( sbb masin sangat ) . Thumbs up utk "Asam Masin"

2) Dalam bnyk-2 fast food yg ada kat Malaysia ni , aku kena jujur lah kan. MCD paling aku suka sbb aku rasa price dia affordable dgn makanan yg dia bagi . Lagi satu aku suka pasai MCD sbb ice cream dia semua sedap . Aku memang kaki lepak MCD . Sampai kekadang aku mengidam nak makan MCD tau , nasib ada certain org yg memahami & full-fill kan craving aku. Thanks dkt org yg berjasa hahaha. Ahh & favorite aku is "BIG MAC".

3) Setiap kali parents aku g pasar malam , benda wajib aku order mesti bihun sup . Aku memang hantu bihun sup , lagi sedap kalau ada lobak masin . Tu memang sempoi habis lah . Tapi lagi best kalau bihun sup mak aku buat . Pergh memang terangkat. Aku tak kisah kalau daging habis , asalkan ada lobak masin tu dah cukup. Dia kan ada 2 jenis bihun sup daging @ ayam , aku lg prefer makan bihun sup daging & bihun dia kena letak kunyit , kalau bihun tak letak kunyit rasa xdak umph .

4) Pulut mangga is the best . Aku selalu makan kat Bercham , ada satu kedai memang pulut mangga dia terbaik . Bayangkan , aku baru lepas makan nasi , walaupun kenyang namatey aku still ada ruang nak melahap pulut mangga . So , pulut mangga favorite aku . Kombinasi yg sangat menarik. Ya Allah, teringin pula aku nak makan . Haa hampa hat tengok jangan terlioq pulak.

5) "Tak melayu lah wey kalau tak makan durian". Eh, salah statement ni . Tak semua org melayu leh telan benda ni. Tapi aku tergolong dlm golongan yg suka makan durian lah. Dalam banyak-2 buah ermm dah nama dia pun "KING FRUIT" of course lah dia buah paling "KING" dalam hati aku. Dulu aku boleh tahan bau dia , tapi skrg kureng sikit. Tambah kalau ada org baru lepas makan durian then berlahak pergh bau mmg aku x tahan . Baru aku tau busuk dia cmna ahaha but still it tastes so good. Thumbs up durian tq sebab exist dlm dunia hahaha. And aku bersyukur sbb aku lahir kat Malaysia sbb durian tumbuh kat sini hahaha.

6) Tipu aeh kalau kata hampa x makan cendoi. Ya Allah ruginya kalau sapa x makan cendoi . So cendoi dlm list minuman feveret aku . Tambah kalau cuaca panas memang lagi thumbs up lah dkt cendoi sebab sedap namatey . Family aku selalu makan kat Sg Dua ( Cendoi Pak Belalang ) aku mmg recommend kat org kalau nk rasa cendoi power sbb memang power cendoi dia . Ermm dahaga lak cendoi.

7) So cadbury coklat paling aku suka lah . Org jenis mcm aku ni suka coklat yg ada kacang . Tak kisah lah kacang apa, asalkan leh hadam dlm perut aku , aku terima . So thumbs up cadbury hahaha actually aku dah hilang idea nak karang lol .

Okaylah sbb aku suka nombor 7 , aku stop sampai sini dah la. So thanks sbb rajin usha & stop sbb nak baca blog ni. Have a nice day :) Assalamualaikum. So diulangi , gambar semua ceq amek kat google nah. 




Bila Wiwi Jealous ..

So kalini dah fikir topic baru nak sembang . Setiap manusia ni mesti ada some part yg dia rasa "kan bagus kalau aku ada cmni cmni" . Semua manusia tak lari daripada nak jadi something yg better than dia dah ada :) . So topic harini is "Bila Wiwi Jealous.." . Biasalah kan kalau ada sifat iri hati / cemburu but in a good way lah . So enjoy reading :P

1. INSOMNIA
Lately ni aku ada masalah sikit dgn tidur . Semalam pukul 3am still takleh tidur even aku dah godek sana godek sini dari pukul 1.30am . Nak dijadikan cerita semalam tepat pukui 3am kita tgk jam kat phone , then masa nak tidur (pejam mata) dengar pula org main kerusi sekali baca ayat kursi alhamdulillah boleh tidur . Aku ni pengecut sikit hahaha . Apa kena mengena dgn topic ? Actually aku jealous dgn certain people yg sekali letak bantal terus boleh tidur . Mcm aku susah , minimum nak tidur betul-2 dlm 30min cmtu , unless kalau penat sngt tidur sekejap dah berdengkur haha.

2.PANDAI LUKIS
Aku suka sngt dgn org yg pandai lukis. Bagi aku seronok sebab bila kita bayang something , we can make it real dengan melukis but kalau org mcm aku bayang je lah boleh . Lukisnya kelaut haha. Aku rasa mcm wah mesti best kalau dia pandai lukis , boleh lukis pemandangan / benda yg dia bayang pastu buat collection bnyk-2 sampai penat nak simpan . Kalau rajin leh buat komik ( berangan ) . Bakat ni memang susah nak cari , kalau dah ada tu bersyukurlah . Hmm saya jealous.

3. MAKAN BANYAK
Ni lagi satu , jealous dgn org metabolisma tinggi ni sbb apa engko sumbat la apa pun dlm badan but still nothing happen . Kurus mcm tu je , but kalau aku nak makan pun kadang-2 tgk time & was-2 nak makan benda ntah pah hapa tapi kekadang aku bantai je hahahaha . Nak dijadikan cerita , aku jealous dgn #TeamMetabolismaTinggi sebab heaven gila hidup dia , kira makan lah bila bila masa & dimana jua (dah mcm iklan) so yg kurus tu bersyukur lah ye . Jangan jd mcm saya "chubby" org pun tak nak hahahaha (muka redha)

4.PANDAI MASAK
Ni lagi satu , kan bagus kalau bakat memasak mak aku turun kat aku . Aku memang paling failed bab masak but skrg aku tgh berjinak jinak . Hmm buat telur goreng pun aku menjerit-2 sebab meletup letup minyak dia ( punya takut ) sbb aku kalau minyak terperecik kat tgn aku suka terkejut & mula lah mencarut ( tanpa sengaja ) so org kata pelan-2 kayuh la nak ada bakat dlm memasak ni. Yg penting aku dah lepas buat samyang ala-2 heaven & earth ( kurang pedas / carbonara ) entah kenapalah nak heaven & earth hahahaha. So kepada yg pandai masak keep it up . Untung ler ~ Untuk yg slow mooo mcm aku , meh ler usaha keras ye . 

5.SCORE TAPI TAK STUDY
Ni lagi gua ber-double jealous sebab kekadang tgk org tu lek lek je tak study , kita punya lah struggle study sekali keluar result perghhh dia kemain tiptop . Org kata apa ,anugerah dari Allah. Lain org lain cara style belajar. Mcm aku kena pulon dgn buku baru leh jalan , kalau tak baca memang hancur terus but ada yg jenis dlm kelas boleh catch up & dia ada long term memory. Aku ni faham-2 lah, shor term memory so memang harapan lah kalau dpt score tapi tak study. Hmmm atau mungkin depa study time aku tak nampak ? Who knows but still golongan sebegini bersyukurlah kerana saya jealous dgn anda hahahaha.

6.ORANG KAYA
Ni lagi spesis manusia aku jealous hahaha . Kekadang berangan kalau jadi org kaya memang confirm la belanja tak ingt dunia , masuk kedai setakat beli baju kasut rm2-4 ratus rasa mcm hmmm tak ada hal benda boleh settle . Kalau org biasa-2 mcm aku hmm memang dpt tenung lah . Aku kekadang terbayang gak cmna hidup deme , rumah besar kereta besar shopping sakan mesti best kan . BUT ! HAAA AKU JEALOUS JE , TAPI AKU LAGI SUKA MCM SITUASI AKU SKRG DGN FAMILY YG AKU ADA SKRG . EVEN KAMI TAK KAYA BUT WE'RE STILL HAPPY , ALHAMDULILLAH MAKAN MINUM STILL CUKUP & I LOVE MY FAMILY ESPECIALLY MY PARENTS . Mungkin ada hikmah kenapa aku tak dilahirkan dlm golongan sedemikian , Allah je yg tau sebabnya :D . So be happy guys !

7.MAKEUP
Hello , aku dah 20 tahun but nak guna concealer pun aku tak reti apatah lagi nak lukis kening. I have a huge problem with myself . Seronok tgk kenkawan main conteng-2 muka dia tapi kita hmm setakat pakai foundation then tempek krim je lah mampu. One day dah start keja ai nak kumpui duit then nak beli barang makeup banyak-2 . So kepada sang jejaka tunggu lah ai , mana tau dah makeup iolz jadi cantik then uolz nak ngorat iolz ( muntah please ) no no no , i gurau je haha. So ai jealous dgn org yg pandai makeup . Tahniah sbb you dah buat ai jealous sbb you pandai makeup . But one day , i'm gonna be like one of you baby :-*

So sebab aku suka number 7 , i should stop here. Kepada golongan yg ada dlm 7 list "Bila Wiwi Jealous" bersyukur lah sbb ada org jealous dgn uolz haha. Jealous but in a positive way ye . K thanks for reading . Assalamualaikum & have a nice weekend everyone !

Lelaki Idaman ?


Semangat kan kalau cita pasai bab "lelaki" ni , tambah tambah "idaman" haa gitu . Ntah kenapa tetiba terfikir nak cerita pasal lelaki idaman.Semua mesti ada certain part yg dia nak partner dia ada kan ? Jgn risau anda tak keseorangan , semua sama je :P . Cakap bnyk pun tak guna so here's some list yg aku buat pasai topic kalini ( LELAKI IDAMAN AKU )

1. Aku prefer laki yg ada bulu kat muka ( bukan mawas ye haha ) maksud aku , aku suka lelaki ada jambang ( sikit sudah toksah bnyk2 ) or ada janggut / misai . Kira aku tak 100% mmg reject kalau laki tu muka suci dari bulu yg di-mention sebentar tadi hahaha ( tak minat babyface )

2. Aku suka laki yg rajin . Contoh simple aku bagi , kalau dia lepas makan , aku nak dia basuh pinggan dia sendiri ( ai bukan feminist okay ) . Yelah rajin nak basuh pinggan sendiri kira okaylah kan hahaha .

3.  Kalau segi rupa paras ( acewahhh ! ) , aku suka laki yg bulu kening dia lebat then mata mengancam eh ? Haha , maksud aku bulu mata tebal pastu melentik . Okaylah tak dpt bayang meh nk gtau sat , maksud aku mata & kening mcm - Aeril Zafril / Izzue Islam ( taste aku ) . Ops, sorry tau dedua dah nikah , ai bg contoh je eh.

4. Kalau boleh lelaki idaman aku ni made in Malaysia / Korea / MatSalleh Celup ke gituu. Amboi demand engko , entah-2 MatSalleh / MatKorea pun tak pandang engko Wiwi oi . So yelah dah nama pun lelaki idaman kan , berangan lah sikit nak dpt MatSalleh / MatKorea tapi realiti dapat MatMalaysia pun dah boleh sngt haha *kedip mata*

5. Aku suka lelaki yg kurang mesra dengan perempuan . Hmm aku rasa ramai nak jenis mcm ni. Kalau boleh ada lah 4-8 kerat kawan perempuan yg dia rapat , kalau boleh .. Lagi boleh kalau sorang pun dia tak rapat hahaha ( bahagia aku ) . So , obviously aku tak suka playboy & kasanova haa gitu.

6. Aku suka kalau lelaki hat jenis tak kisah pasai berat badan aku & jenis suka bagi aku makan . Memang aku sayang habis lah cita dia hahaha . Hmm, bila aku lapaq , dia sentiasa jadi penyelamat perut aku hahahaha ( poyo gila ) . okay ai sedari ai bukan princess nak kena treat mcm tu tapi eh lantak aku lah, dah nama pun "LELAKI IDAMAN AKU" so ikut cara aku lah hahahaha.

7. Aku suka laki yang tak merokok / vape ni . Hmm bukan ciri-2 lelaki yg aku nak . Yelah, awak kena sayang nyawa awak , hmmm buat apalah nak sakitkan paru-2 awak tu. Tak kesian ke dgn dia hmmm . Tapi tulah memang gua anti sikit org cmni lagi kuwajo kalau dia main hembus asap kena muka kita memang jilake itu perangai . Ops, ter-over sudah.

Sebab aku suka num.7 so aku endingkan dgn "7 CIRI LELAKI IDAMAN WIWI" . Tak salah kalau ai nak berangan hahaha . Okaylah byeee assalamualaikum ! :D

Dah bersedia ?

Jangan terkejut la kalau tgk umur 20 tahun dah nikah , ada lagi muda dari tu dah tamatkan zaman bujang. Kadang kadang fikir juga kahwin muda ni mcm mana eh ? Diri tu dah stabil ke belum ? Boleh bagi anak bini makan ? Banyak persoalan bermain dlm fikiran ni but benda ni depends on org juga . Walaupun tak stabil , cukup je bagi anak bini makan . Yedokk . Tak pernah pun nak salahkan org kahwin muda ni tp tu lah fikir juga mcm mana eh rasa jadi bini org dlm usia 20 tahun . Rasa muda sangat . Teringin juga nak korek dekat kenkawan yg jodoh sampai awai ni tapi sampai kesudah tak dpt nak tanya hahaha.

As for me , kalau boleh nak cari lelaki yg dah stabil . Diri sendiri pun nak stabilkan dulu then baru leh fikir pasal kahwin . Bila difikirkan balik , target memang nak nikah umoq 28 tahun . Kawan ckp "Awat lambat sangat hang nk kahwin?" . Yelah kalau boleh nak make sure kereta dah ada sendiri punya rumah & kewangan mau stabil . And nak someone yg stabil juga baru nak kahwin . Yelah kahwin ni bukan boleh buat main .  Terkejut bila tgk senior kahwin muda tapi sayang sempat merasa jadi isteri 2 bulan ja lepas tu bercerai . Nak dijadikan pengajaran juga lah utk diri ni . Bukan nak buka aib sesapa eh.

Plus skrg dah 20 tahun pun still single , tapi takpalah tak kisah sebab memang skrg ni aim nak focus habis study . Tinggal lagi setahun ja nak bertahan . Lepas ni memang dah nak kerja . Bukan x nak sambung , niat dah ada nak sambung but kalau boleh nak kerja bayar MARA dulu , lepas tu ikutlah diri nk further study amek degree or sampai tahap diploma ja . Kekadang org pandang juga kan tahap kita , ada je pandang rendah dgn org ada diploma ni tapi biarlah org nak kata , mulut org bukan boleh tutup. Rezeki semua datang dari Allah . Manalah tau kan dlm kerja tu jumpa pula jodoh. Lagi seronok kalau dpt jodoh dengan doktor kat hospital hahaha ( berangan ) , ntah doktor pun tak pandang ai hahahaha.

Tapi tulah , jangan fikirkan pasal jodoh sangat takut nnti ajal yg dtg dulu . Assalamualaikum.