To : D


Allah maha adil. Kadang kita hargai / sayang orang tu tapi Allah pisahkan kita. Semuanya bersebab. Jangan pernah persoalkan "kenapa?" . Tipu kalau kata tak sakit. Sakit, memang sakit tapi itulah kenyataan yang nak tak nak hg kena telan juga. Sama mcm makan ubat, nak tak nak at the end of the day hg kena makan ubat juga kalau nak sihat. Bagi aku, i'm still thankful and aku tak pernah regret keputusan aku. Mungkin orang yg tahu mesti mcm " Eh dia ni tak boleh move on lagi ke?" Bukan pasal boleh move on ke tak. Dah lama move on, tapi saja nak teringat balik sbb tak salahkan. Rindu zaman dulu tapi kalau diberi peluang kedua aku takkan terima rasanya.Cukup sekali ni aku rasa.

Mungkin perasaan yg aku rasa sama sakit mcm putus cinta? Bayangkan ikatan persahabatan yg dah lama bina terputus mcm tu sebab salah faham? I try to fix it tapi perancangan Allah lagi baik. So from that moment aku tahu yg i can't do anything utk fix apa benda yg aku dah buat. So bak kata orang ' kadang melepaskan tu lagi bagus walaupun sakit'. As for me, anggap je lah kalau tak kawan skrg, in future mungkin sakit hati aku ni melarat. So baiklah luka hati sikit ni dulu sbb lagi lama lagi sakit kan.

Jujur la aku kata, aku tak pernah menyesal pun kenal hang kawan. Tbh mungkin org lain nampak mcm kami ni kawan biasa biasa ja. Tapi we're like clingy bestfriend. Setiap hari ada ja topic nak sembang, mostly kpop and skincare lah hahaha. That one person yg aku boleh karaoke sekali mcm org bodoh melalak tak ingat dunia. Kawan pusing merata kejap pegi mall kejap pegi lepak mcd. You know, that kind of friend yg ishh annoying nak mampus but still kawan. Hmm faham kot apa yg cuba disampaikan.

Ni punca sbb tadi otw pergi somewhere and kena lalu depan rumah dia. Elok lalu nampak dia keluaq dekat rumah hahhaha and i was like " okaayyyy " alhamdulillah you're looking good, doing good. Hanya doa yang mampu ku kirimkan. Mungkin sampai disini persahabatan kita sahabat. Aku bersyukur sbb dapat kawan yg mcm hang. Mcm aku kata, aku tak pernah menyesal berkawan dgn hang. Semoga hang sentiasa berada dibawah lindungan-Nya aamin. Take care, im so sorry i cannot be there for you when you need someone to talk to. But you're gonna make it. Believe in yourself.



2020

Tak sangka harini teringat email and password untuk blog ni ❤ tak sangka aku start ada blog since high school which is in 2010 ( masa ni form 2 ) sampailah dah besaq panjang umoq 24 dah pun. Banyak benda nak share tapi kita slow slow share lah nanti. Pejam celik pejam celik sekejap ja dah nak 2021. Lagi sebulan ja lagi. Ingat lagi masa bebudak, dok fikir 2020 mesti Malaysia dah maju. Mesti dah ada kereta terbang tapi tu la duit terbang ada lah ☺. Alhamdulillah masih bernyawa dan masih survive dalam melawan virus covid-19 ni. Tak sangka lah tahun ni boleh kata tahun yg penuh dgn dugaan ya. Bayangkan seluruh negara melanda masalah yang sama. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya aamiin.

Alhamdulillah, October 2020 along dah kahwin! So dapat kak ipaq baru. Majlis pun berjalan dengan lancar. Syukur, walaupun tak ramai yang datang sbb seingat aku masa tu kes covid-19 tengah naik dalam 300++ tapi kita faham lah mana yang tak datang tu. Yang penting kita jaga kita. Masa majlis pun semua amalkan SOP yg diberikan lah. Dapat merasa contribute duit sikit utk doorgift. Share duit dengan kakak every month collect duit sampailah hari kenduri. So happy sbb dapat ringankan beban along sikit. Tak dapat tolong banyak tapi still membantu ni rasa diri ni berguna lah juga kan ihiks.

And 23 April 2020 first time weyyy sambut birthday dalam rumah. Sebab time aku punya birthday, still tak boleh makan dkt kedai so mmg kena tapau bawa balik rumah. Actually family kami every year kalau birthday mesti celebrate dekat luaq. Ikutlah kadang ada makan ikan bakaq kadang pi makan nasi arab or western. Ikut selera birthday boy @ girl lah senang kata. Tapi this year :( but still thankful sbb masa condition mcm ni, aku ada dgn my whole family . Yang penting kakak belanja kek secret recipe . Ntah berapa jenis dia beli aku pun dah lupa. Bukan setakat birthday aku, semua dalam rumah ni kecuali mama aje sbb mama birthday 1st January so special sikit lah. Yang lain semua sambut dkt rumah juga. Ada la buat kecil kecilan utk keluarga kecil kan . Syukur alhamdulillah ❤

Diet musnah? HAHAHAHA aku haritu berjaya achieve satu berat dimana aku rasa mcm " wow sangat wiwi hg berjaya " but now im back to the normal weight . I was like ke ba alip ba ya apakah ini. Tapi salahkan diri sendiri sbb tak consistent. Tengok laa bila aku rajin nak diet balik. Sbb skrg ni mood kelaut nak diet. Aku tak tau la mcm mana certain orang bila heart broken or stress depa tak lalu makan. Aku ni lain, stress ke heart broken ke sedih ke makan still onz. Tak boleh tinggai, sedih tgk perut. Ni kalau tak control lama lama , lagi geleng kepala lah. Tolonglah doakan aku kembali ke pangkal jalan balik. Stress sis mcm gini noks.

Last one, bela kucing! Aku pun tak sangka this year family aku dah start bela kucing. Dulu mak aku selalu bising bila request nak bela kucing, sbb takut rumah berbau, kan sbb berak kencing dia kan. Tapi tu lah pandai jaga tak ada bau ler. Last last mak aku juga nk bela. Dia bermula dgn si Anje ( mummy ) kepada Dedek ( Sulong Betina ) mai minta makan dkt rumah. Bayangkan rumah aku bertingkat, dalam banyak level, rumah aku dia menyinggah minta makan. Dah selalu bagi makan, last last jadi kucing sendiri. Tapi yg ni jenis tak bawa masuk rumah lah. Duduk dekat luaq sbb ada dua ekoq kan, tambah si mak mcm protective and takut takut so tak jaga dalam lah. Then haritu balik kampung. Tengah breakfast dgn family, ada sekoq mai meow meow minta makan. Atas dasar kesian, mama juga yg bagi makan dkt si kecik ni. Dengan niat, ada la rezeki dia nak bagi ni. Last last masa nak balik, si kecik ni ikut sekali dkt belakang. Ambil bawa balik terus, and nama diberi Tommy ( jantan ) . Memula Dedek garang nak mampus dgn Tommy , sbb rasa terancam kot HAHAH tapi last last jadi kwn main dia. Then recently, aku ada la pergi kedai motor, nak tukaq minyak hitam lepastu tetiba muncul meow meow. Ishh anak kucing ( rasa baru sebulan umur ) sbb kecik sangat. Belai dia, ingat mcm tak payah bawa balik lah tapi bayangkan buntut dgn ekor dia habis kena minyak motor. Mcm weyy kesiannya tak sampai hati aku. Last last aku bawa balik rumah and itulah Baobao ( Jantan ) semoga semua kucing kucing aku ni doakan keluarga aku dunia akhirat. Tahu, bela kucing ni banyak ganjaran pahala dia. Percaya pada rezeki Allah nak bagi.

Panjang lak bercerita. Insyaallah ada rezeki aku update lagi. Blog ni dah mcm open diary dah bagi aku. Kadang lawak juga bila baca balik, lagi best member member pun still dok baca blog aku ni. Oi oi dah berkarat dah HAHAHAHA. Ntah lah, aku selesa bercerita mcm ni . Kadang orang lain tak ada masa nak dengar kita bercerita, so disinilah tempat aku meluahkan isi hati aku. K lah goodnight.