Kenangan sekolah

Hello semua . Saya sangat rindu dengan cikgu-2 , kawan sekelas , kawan baik , crush dan sekolah . Tak sangka cepat masa berlalu . Org selalu ckp ' Hargai zaman sekolah sebab zaman tu adalah zaman yg paling seronok ' . Ya , sofia setuju dengan pendapat sedemikian manusia. Bila dikenang balik zaman sekolah *bajet*. Padahal baru tahun lepas last sekolah . Hahaha. Yalah yalah . Saja nak mengenang kisah lalu. Macam-2 cerita lah . Pahit manis semua kat sana . Yalah , dalam masa 5 hari dalam seminggu sofia lebih banyak meluangkan masa dengan berada di sekolah berbanding di luar *semua budak sekolah kot.*. Dengan merentas desa lah , dengan hari sukan lah , dengan kokurikulum lah .

Kadang-2 mengadu juga lah setiap kali ada kelas petang. Dah ah van ambil lambat lepastu kena datang sekolah awal . Kalau stayback pun kadang-2 takut badan berbau. Nak tak nak kena stayback juga lah. Ada bau buah-buahan ? Wangi-wangian ? Busuk-busukan ? Halalkan je lah. Hahaha. Ehem , tapi start dah ada lesen motor ni *nak ckp dia ada lesen* dah tak kisah sangat petang kena dtg sekolah. Well, ada lesen semua benda tadak hal bro . Tapi kesian lah juga pada junior-2 yg kena jalan kaki time tu. Alah jgn risau , sofia pun pernah jalan tengah-2 panas g sekolah . Setengah jam juga ah nak sampai sekolah . *jalan sambil chitchat katanya*.

Lagi satu , teringat masa hari sukan , semua org kena lari 100m . Sebenarnya sofia ni pemalu. Yes , sangat pemalu. Tambah-2 nak kena lari depan budak budak laki lagilah *buat pangkah*. Ergh , tapi nak buat macam mana nak tak nak kena lari . Lari je lah sofia pun. Ehem , tapi sekerat jalan je lah. Haaa kesah pula gua. Lagi separuh jalan lenggang kanggkung .. kangkung tepi telaga *nyanyi sat*. Ahh ahh , tapi memang dalam banyak-2 sukan sofia paling benci lari --' . Zaman kanak-2 sekolah rendah boleh ahh jadi jaguh lumba lari bila masuk alam sekolah menengas . Sorry bro wa sudah cuci tangan :P . Apa-2 pun rumah hijau tetap di hati. Tapi ! Sofia ada lah sumbang satu pingat emas dlm sukan lontar cakera tahun lepas *nak gtau dia menang*. Hahaha. 

Hmm , insya-Allah akn ku kenang semua kenangan dan akn ku semat di dalam hatiku ini :) . Sayang-2 sekalian , insya-Allah panjang umur berjumpalah kita masa nak dapat result spm 2013 ya . Haha :) . Nanti jangan nangis-2 tau ^^

Diet ? Maybe next time ?


Hello semua dan selamat tenghari . Aik ? Tiba-2 buka topik pasal diet ? Okay , dipendekkan cerita , sofia ni sebenarnya terasa bila org sekeliling mengutuk-2 badan sofia ni. Nak dijadikan cerita kononnya lepas spm nak start diet sampai ke sudah tak diet-2 juga sofia ni :) . Kadang-2 agak terasa lah bila org ngata-2 kita kan. Tambah-2 sorang junior dekat sekolah sofia suka panggil sofia ' GEMUK ' siap jerit-2 lagi. Haish, sabor je lah. Kalau nak dijadikan cerita nak saja sofia panggang dia hidup-2 . Asal mulut KUWANGHAJO sangat ? --' . Disebabkan keimanan masih kekal *propa* tahan juga la telinga ni. Biarkan , dia yg dpt dosa bukannya haku . Amek ko !

Yes , sampai sekarang i'm not doing anything yet. Hahaha. Tu lah kes malas satu and lagi satu sofia ni jenis tak suka makan sayur sayuran sangat . Susah la nak telan sayur ni kan . Haaa , jangan ikut jejak sofia. Haha. Pendek kata , insya-Allah masuk plkn nanti sofia nak try kuruskan badan. *propa*. Hope sangat dapatlah kuruskan badan ni. Haish, mengharapkan PLKN pula. Jgn sampai pi sana balik rumah makin tembam sudah . Hehehe. Buat masa ni berat still maintain tapi tapi kemungkinan pertambahan berat badan memang 99.9% ahh.

Sofia akan cuba kawal makan. Ermmm , inilah susah.. Makan sikit berat naik banyak. Haish, awatlah badan ku begini. Huhu . Itulah suratan takdirku. Pasqah je lah. Lepas ni kena motivate diri ahh supaya kawal pemakanan. Jebal ! Sofia nak sangat badan yg sihat. Nak tengah-2 , tak nak gemuk sangat and tak nak kurus sangat. Haish, sofia fighting ! Hahahaha :D . Okaylah sampai sini saja . Jom kita diet sama-2 nak? Hihi. Yg dlm proses nak diet mcm sofia ni, jom kita diet. Insya-Allah nanti kurus :p. Hihi. Assalamualaikum !

P/S : *org kurus* Argh kenapa aku gemuk ni. Nak kurus kan badan lah. *me* Kalau mu dah kata dirimu gemuk habis gua apa ? HAVOC ? Lol

Result SPM ?


Hello semua :) . Alhamdulillah harini dah 4hb February 2014 . Lagi 2 bulan 19 hari aku akan genap 18 tahun. Dah masuk Februari ni bermakna result spm makin hampiri warga-2 96 termasuk lah aku . Ermm, sejujurnya aku cakap aku memang takut bila fikirkan result spm aku. Sebab aku takut result aku tak elok tapi aku mengharapkan yg terbaik sebab aku dah cuba yg terbaik :'D .

Teringat masa last paper biologi punyalah gembira . Time tu pula aliran sains tulen yg habis dulu :3 . Memang lah seronok bila habis dulu , yg tak seronoknya paper kimia , fizik dan bio deret kot . Tadak stop stop --' . Aku berharap pemeriksa dengan ketua pemeriksa periksa kertas aku dgn penuh kasih syg :P . Hahaha.  Kalau tak silap aku memang depa dah habis check dah kertas semua . Ergh lagi aku seram . Tunggu je lah bila berita nak umumkan masa amek result :'(

Upu ? Hahaha. Dah beli pin tapi tak isi lagi . Complicated arghh . Stress aku. Sebenarnya aku punya hala tuju pun aku x konfem :( . Aku tahu banyak bidang yg boleh aku masuk tapi aku still teragak-2 apa yg sesuai dengan aku. Banyak kata aku sesuai jadi nurse . Amboi , nurse gitu. Tapi aku tak minat kerja-2 mcm tu. Aku takut jarum . Aku takut darah . Macam mana tu ? Apa-2 pun kena isi juga benda tu. 

Untuk senior form 5 tahun ni study leklok . Masa ni berlalu dengan pantas , pejam celik pejam celik dah nak spm . Haaaa kan ? So, mulakan dari sekarang usaha tu. Insya-Allah di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Semua org pandai yg membezakan tahap kepandaian seseorang tersebut ialah usaha seseorang untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya . So, FIGHTING ! :D

Isu Twitter




Hello semua . Sudah berkurun lama aku biarkan blog aku ni usang kan ? Tiba-2 terasa rindu nak menaip-2 meluahkan perasaan kat retromuda kesayangan hamba ni. Hahaha. Pocoyo betol lah aku :) . So, topik aku harini ialah TWITTER :) . Aku sekarang ni peminat tegar encik twitter berbanding encik facebook . Kadang-2 rasa nak tutup acc facebook pun ada tapi tak sampai hati sebab kawan-2 dalam tu ada family , kawan sekelas , kawan-2 sekolah , crush . Eh ? Crush ? *krik krik krik krik*. Hahahaha.

Bukan nak kata twitter lagi awesome daripada facebook . Budak HOT ? Eleh , jangan ingat dekat facebook ja banyak , ni haaaa kat burung biru pun banyak . Kadang-2 naik menyampah pula aku menengok nya. Hahaha. Yalah , org mcm aku ni mana suka kawan dengan budak-2 camgini haaaa . Buang tenaga , buang karen. Ah ah ! Jangan kata kita memilih kawan pula. No No No . Hahaha :) 

Benda yg aku x berkenan sangat bila ada acc twitter ni :-
1 . *dia tekan butang follow* siap mention lagi kita *follow back please*. Next day *unfollow* . Tak payah lah nak main nyorok-2 ngan aku. Aku tak berminat. Sorry . 
2 . *tweet* --> RT berjuta , beribu macam-2 ber lah dia akn biarkan ianya tersergam indah dkt acc dia. Yg hampeh-2 sambutan dia ? *delete* lah jawabnya. Lalala

Setakat ni itu jelah masalah segelintir pengguna twitter . Tapi biarkan lah pada mereka-2 sedemikian. Tak suka mereka menyemak di TL anda ? Unfollow je lah. Apa guna button unfollow tu. Tapi ! Jangan gunakan button unfollow tu utk kejar GLAMOUR macam nombor 1 tu. Kononnya nk jadi TWEET FAMOUS . *bisik*. Kalau boleh FOLLOW org biarlah ikhlas dari hati :)

Aku pun pengguna twitter juga . Macam-2 manfaat sebenarnya kita guna twitter ni. Akhir kata dari saya , jangan mensia-siakan button follow anda okay ? :D