Sem 6 ft. Degree?


Memandangkan next week dah start semester 6 ( last one ) I'll do my very best utk dapatkan DL for the last time :) . Actually this is what I felt currently , you know both of my bestfriends zaman University ni wanna further their study untuk amek degree.But there's only me who's not gonna further my study.Even both of my elder brother and elder sister pun dah ada degree.There's only me yg setakat ni yg buat diploma.I really wanted nak buat degree but ada la beberapa halangan nk sambung degree which is the first one (obviously) masalah dengan finance.

Aku bukan dari keluarga yang berada , aku tak senang mcm kenkawan aku yang lain . Aku ada impian nak sambung degree maybe lambat dari kenkawan aku.Sebab aku nak kena kerja dulu, aku kena bayar hutang MARA aku dulu baru aku boleh sambung study.Aku aim nak kerja 2 tahun and after settle bayar hutang baru nak sambung study.Lagi baik kalau dapat study under Hospital . Tapi masalah kedua aku,bidang aku ni limited. Aku tak pernah terfikir benda apa yg sebetul betulnya aku nak sambung untuk buat degree ni hahaha . Takpa benda tu boleh fikir balik kan.

Ni salah satu dlm bucket list aku lah "degree". Aku harap impian kenkawan aku tercapai.Seronok bercampur sedih bila baca whatsapp group kenkawan dah nak amek "MUET" and yup sensorang aku yang tak akan amek MUET untuk tahun ni hahahahaha.Sedihnyeeee.Tapi tu lah rezeki masing masing.Buat masa sekarang simpanlah azam tu.Biar berkobar sikit diri ni.Nnti masuk degree hahaha jadilah org paling tua dlm kelas ye Wiwi. "Moga impian seketul wiwi tercapai aamiin".

So teruskan perjuangan kita untuk sem last ni . Apa yg aku perlukan sekarang is graduate with my bestfriends.Sesama baling cassette eh?! Yelah trend zaman skrg kan hahaha tapi kena make sure sambut,kang tak pasal pasal kena bayar rm5k pula . Walaupun gang kita dah berkurang dari 5 jadi 3 , doesn't mean aku tak lupa yang lagi 2. Thank you for staying with me , siapa sangka dah 3 tahun kita bersama and this is it, kemuncak yang kita nantikan. Hopefully persahabatan kita akn kekal sampai bebila. Sayang hampa :-* .

Last Semester !

Alhamdulillah harini dapat check result untuk sem 5 , alhamdulillah syukur sangat sangat kat Allah SWT sbb rezeki sem ni dapat DL. Tak expect langsung nak dapat sebab dok rasa mcm FAIL ja , yelah osce kelaut haritu tapi redha memang betul betul redha lepas osce.Aku ingt lagi mcm mana sedihnya aku waktu tu sampai tak makan tengahari dgn makan malam sbb kecewa.Tapi ni lah org kata tuah ayam nampak kat kaki tapi tuah manusia hanya Allah je lah yang tau.Terima kasih Encik Zubir and Encik Yussri sebab banyak bantu masa osce.Hahaha bantu mendengar dan memerhati kemerapuan saya masa hari kejadian.Nak dijadikan cerita aku ni mmg spesis manusia yang cepat gelabah.Ye aku ngaku,once kalau aku gelabah memang tak jadi keja so hopefully last clinical kat Hospital Besar Pulau Pinang aku tak gelabah biawak.

Ni semua hasil usaha diri sendiri juga yg tak tidur malam (dusta) okaylah yg tidur malam tapi bangun sebelum subuh utk study hahaha.And thanks kepada kenkawan yang kongsi ilmu , moga kalian memperolehi kejayaan yg kalian impikan. Bersyukur teramat sangat memang result ni tak expect sesangat and it's so much lari dengan expectation diri sendiri.Tapi CGPA still tak DL insyaallah kalau ada rezeki utk last sem kalau dpt DL insyaallah CGPA pun DL. Mudah-mudahan dipermudahkan.Kita bukan apa,fikirkan duit pinjaman yg nak kena bayar,at least kalau dapat DL kuranglah sikit beban nak kena bayar duit banyak-banyak.

Memandangkan tahun ni juga nak graduate ( doakan yg baik baik ) , aku pasti akn rindu semua kenangan sepanjang belajar kat sini.Kalau terimbau balik zaman dulu memang lawak, tak sampai 3 jam parents aku otw balik Penang aku dah menangis call mak aku ckp aku nak balik.Masa hari orentasi toksah kata lah tak ada sorang pun nak kwn dgn aku,haish dengan terpaksa aku expose diri aku juga lah masa nak bg kata semangat tu eh jilake kalau dikenangkan balik.Kawan aku yg aku x expect at last jadi bestfriend aku (Zati) pun ada dlm group tu, bila dah lama kawan boleh dia bahan aku cakap aku lawak ehh tak guna.

Aku harap friendship yg aku bina dengan Faezah and Zati tahan sampai Jannah gitu termasuk lah dengan Qila.Allah pertemukan kami masa posting kat Kulim sapa sangka skrg dia dengan aku sekali nak graduate.I'm so glad that I meet three of you.Semua aku sayang serious tak tipu.Maaf kan aku kalau aku tergurau kasar atau tanpa aku sedar aku ada sakitkan hati hampa but from the bottom of my heart aku sayang je tiga tiga :D. Goodluck utk hampa yg nak further study lagi, buat diri ini biarlah aku stop diploma dulu sbb aku nak kena bayar dulu duit pinjaman.

Hihi banyak pula update, and yes dah ada gang nak travel Penang sesama nnti bulan 3 , janji pasti ditepati . Nama je org Penang tapi tak pernah jenjalan area sana . So get ready Faez, ai akn jadi tour guide you yg paling jelita and havoc hahahaha. Yang aku tau, aku takkan bawa hg g Bukit Bendera, i'm so sorry darling, sejarah hitam takkan berulang hahaha. Have a nice day semua kesayangan. Assalamualaikum :D