Allah Maha Mendengar

Ya , aku insan biasa yang tidak lari daripada melakukan dosa . Kadang-2 aku benci dengan diriku sendiri sebab apa ? Sebab aku selalu tewas , aku selalu gagal mengawal diriku daripada melakukan dosa . Ya , itulah aku , seorang pendosa . Maafkan aku wahai Malaikat Atid kerana setiap hari aku menyusahkan engkau , mengerahkan tenaga engkau untuk mencatat setiap amalan dosa yang telah aku lakukan . Dari sekecil kecil kuman hinggalah sebesar gajah . Itulah orang kata , manusia tidak pernah sempurna , iman manusia sentiasa turun dan naik . Sebagai seorang manusia , aku turut tidak dpt lari dari melakukan dosa kerana aku seorang manusia .
Tapi kita sedar atau tidak , Allah sentiasa ada untuk kita . Allah sentiasa ada untuk memaafkan kita sebab Allah itu Maha Pengampun . Selagi belum berakhirnya dunia , selagi itulah pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita . Masih belum terlambat untuk kita memohon kemaafan dari Allah SWT . Jangan pernah berhenti bertaubat , walaupun perbuatan tersebut engkau ulangi dan tidak kira berapa kali , berapa kali menyesalnya engkau melakukan perbuatan dosa tersebut tanpa engkau sedari , bertaubatlah . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar . Bertaubatlah sebelum terlambat . Bertaubatlah sebelum engkau bertemu dgn TuhanMu Ya Allah dimana pada masa itu sudah terlambat untuk kau bertaubat.
Percayalah , Allah sentiasa ada dengan kita . Walaupun orang tak dpt menerima perbuatan dosa yg kita lakukan , walaupun kita mendapat cacian daripada orang ramai . Percayalah 1 benda , Allah masih sayangkan engkau . Biarkan org berkata kata , sebab orang tak faham kita . Biarlah org berkata kata biarkan..Asalkan Allah sentiasa bersama kita . Percaya dengan takdir Allah , percaya dengan qada & qadar yg Allah tetapkan . Percayalah , bahawa setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Allah takkan menduga seseorang kalau dia tidak dpt memikul kesakitan yg dirasainya. Tidak , Allah Maha Mengetahui akan tiap sesuatu yg terjadi . Percayalah kepada Allah . Kerana aku percaya dengan setiap kesakitan yg Allah berikan akan menghasilkan satu kekuatan dlm diri kita .
"DON'T STOP BELIEVING ALLAH"
Ya Allah , dengarlah catatan ikhlas dari hatiku ini buat si pembaca ya Allah . Ya Allah , aku bermohon kepadaMu Ya Allah , kau ampunkanlah setiap dosa si pembaca ini lakukan ya Allah . Kau permudahkan lah segala urusannya ya Allah . Kau kuatkan lah iman nya dan ketakwaan nya kepada Mu Ya Allah . Kau jadikanlah dia seorang hambamu yg sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripadaMu Ya Allah . Kau kuatkanlah hati insan tersebut untuk menempuh liku liku kehidupan nya ya Allah . Sesungguhnya hanya padaMu ku berdoa. Aaamiin.

Alhamdulillah , semoga Allah sentiasa mengampunkan setiap dosa yg kita lakukan . Assalamualaikum semua . Have a nice day :)



No comments:

Post a Comment