RINDU ?

Dalam banyak banyak manusia yg aku kenal, skrg ni aku paling rindu hampa dua wey. Aku rindu zaman belajaq. Since sem 1 kita dah kawan sampai sem 6. Alhamdulillah aku bersyukur gila dapat kenal hampa :'( . How I wish yg hampa ada dgn aku skrg. 


Gambaq ni kami amek masa kami sem 3. Waktu ni first kita clinical posting dekat Hospital Batu Gajah. Sapa sangka geng kita dapat practical sekali even 3 minggu ja tapi pergh 3 minggu yang sangat bermakna. Sebab lepas sem 4 sampai sem 6 mana leh pilih mcm kita buat sem 3 ni. Time ni kita dah start makin rapat. Ingat dak, aku mesti hari hari beli cokodok dekat kedai makcik tu sebab aku hantu cokodok. Rindunyaaa masa tu wey. Oh,btw time ni kulit lawa sbb pakai "local product" tapi lepas stop breakout dia boleh cari gaduh huhuhu.

And of course aku rindu minah ni juga. Biela aka Datin sebab dia memang mcm datin datin hahaha. Start dari Adli habis satu kelas even junior @ senior pun panggil dia "DATIN". Dulu aku x tau kenapa aku rasa gambaq ni buruk tapi bila tengok balik hahaha comei juga kita. Well, even skrg both of us dah gain weight kan. Hanya mampu tengok gambaq sebelum je lah. Moga kita berdua ada harapan nak kurus balik mcm dulu. Still ingat masa birthday aku , Datin ada buat ala ala "story telling" pasal life aku and omg aku suka gila. Everytime aku baca, aku mesti nangis. Dia ni dah layak buat buku cerita lah aku rasa .

Yang ni aku sumpah tak ingat sem bila kita selfie ni. But this one, memang one of a kind lah aku cakap. Kawan yang selalu ada waktu up & down. Aku x tau kenapa but somehow aku rasa connected gila dengan dia. For some reason aku rasa dia paling memahami jiwa aku. And lucky us, for semester 6 kami dedua dapat hospital sama so kami dua jadi roommate selama 3 bulan and yup the best moment ever. Dari chubby dia turun berat badan. Memang mendadak gila. Aku harap aku ada azam nak kurus mcm dia. Ermm more kepada aku dapat tahan nafsu makan aku utk kurus hehe.

And of course aku rindu juga teammate dekat Klebang. Walaupun kita ni kenkadang ada isu kan but aku happy dapat stay dengan hampa. Kalau tak silap aku setahun kan? Kalau nak describe hampa memang payah. Tapi aku rasa dlm bnyk-2 aku paling kurang bercakap dengan Mimi rasanya hahaha even kami roommate. For no reason, aku pun tak tau. Yang aku tau dia suka tengok anime. Syira memang kaki kpop so aku mmg boleh bersembang dengan dia. Enan jangan katalah member dari kampung sama hahaha. Wanoo kwn paling selesa sbb dia sngt memahami aku. Teha pun okay cuma kenkadang dia ada mood dia lah kalau rasa nak cakap baru cakap hahaha. Ipah pun okayy cumaa aku rasa dia baik sngt hahaha.

And of course aku merindui kulit aku yg dulu. Kulit aku yg flawless ermmm tak ade lah flawless mana tapi better dari skrg. Huaaa bila wiwi nak kurus bila wiwi nak ada kulit sihat bila wiwi nak putih mcm dulu. Kejap? Pernah ke putih? HARHARHAR. Okaylah aku nak kulit sihat je. Anti jerawat je hitam takpa tak ada masalah :'(

Another group yang aku rindu! Gang Hospital Kulim. 4 weeks duduk sekali memang best. Aku lebih rapat dengan depa sbb dulu kami semua ada group memasing. Dari situ aku kenal perangai dua orang ni. Dari sem ni kami dapat ubah perspektif radiographer dkt sana pasal Universiti kami. Yelah, senior dulu buat perangai katanya. Nasiblah dapat ubah jadi better balik. 




No comments:

Post a Comment