Inalillah : Abang Yop


18 Mei 2017 : Arwah pergi meninggalkan kami semua.

Seperti biasa aku bangun bersiap nak pergi kerja dan keluar rumah dalam 8:40am. Mengeluh juga la sebab minggu tu kena jaga MRI. Nak dijadikan cerita MRI ni lah tmpt student paling nak avoid sbb ada certain reason ( rahsia ) so berat hati nak melangkah tapi demi mencari sesuap markah utk final maka ku gigihkan juga la kaki ni berjalan. Tengah leka buat kerja, jam menunjukkan pukul 1.00pm yes! Tanda utk keluar rehat dan makan. Mcm biasa lah jumpa Faezah depan jabatan x-ray then dedua pun berjalan mcm lenggang mak limah makan dekat Restoran Fadzilah.

Sumpah restoran tu dah la murah pastu sedap. Tu lah masa tu selera nak makan "nasi ayam" sebab nampak menarik. Kita pun order lepas kenyang. Teringat pula nak melawat abang sepupu dalam wad C8 sebab masalah jantung. Kita pun order sekali bungkus nasi ayam. Lepas bayaq ingt nak makan buah hehe sebab aku suka buah jambu batu maka aku pun beli dua sebab nak bagi abang yop satu lagi. So dlm 1.30pm kami sampai wad , pergi katil dia mencari cari juga lah aku. Mana lah abang yop ni, nak dijadikan cerita dia pergi tandas maybe mandi.

Selang beberapa belas minit, tetiba nurse datang "Sedara Megat ka? Depa tengah buat CPR kat dia" Ya Allah, masa tu Allah je yang tau perasaan aku mcm mana, rasa gelabah dia sebab kita tahu usually CPR ni org buat bila victim tak sedarkan diri or tiada degupan jantung. Aku gagahkan juga kaki melangkah tengok, aku hanya mampu mengungkap "YA ALLAH! ABANG YOP". Dengar cerita katanya dia jatuh, dengan berat hati aku mula telefon sorang sorang ahli keluarga and gtau yg dia jatuh, semua risau! Menangis..

Aku tunggu sampailah 30 minit berlalu non-stop cpr , depa pun kemas barang. Aku pelik and ckp dlm hati "Kenapa dia tak gerak?Kenapa takdak nafas turun naik?" Aku cuba positifkan diri aku, mungkin dia nafas slow kot.. Tiba tiba doktor mai dkt aku chinese laki hmm pelat lak tu hahaha. Okay okay part sedih , aku tak ingt apa dia ckp tapi paling aku ingt ayat dia " Kami dah cuba sedaya upaya maaf kami tak dapat selamatkan dia" Bayangkan perasaan aku masa tu memang terkejut. "Ya Allah betul ke Engkau dah bawa dia menghadap Mu , betul ke dia tinggalkan dunia yg fana ni"Aku terkedu seketika lepas tu aku ckp "Thanks doktor"

Aku dah terketaq ketaq time tu dengan cepat aku call abah aku dan seterusnya sampailah ke mak arwah. Ya Allah, beratnya ujian yg Engkau berikan dekat aku. Besar amanah aku ya Allah. Aku jadi tak keruan, dekat sejam aku tunggu ahli keluarga sampai, tapi dlm menunggu tu tetiba nurse datang " Boleh la kalau nak tgk arwah". Ya Allah, betapa sucinya muka abang yop. Aku usaha cuit dia dgn harapan dia bangun.. Tapi aku lega, sebab semalam dia ada ckp kempunan nak makan capati dengan kuah dalca. Aku sempat bg dia makan. Sempat jamu dia :'(. Tapi tulah Allah sayangkan dia.

Maka lepas tu sorang sorang lah ahli keluarga datang dgn tangisan yg amat sedih. Aku cuba tahan tapi tak boleh, aku tau arwah pergi dengan tenang. Kami bawa jenazah pergi surau bukit jambul and semalaman teman arwah. Alhamdulillah ahli keluarga non-stop datang sedekahkan fatihah dan bacaan yassin. Terima kasih, hanya Allah yg dapat balas doa doa kalian :) . Alhamdulillah arwah selamat dikebumikan pada hari Jumaat yg penuh barakah pada jam 10.00am. 

Arwah ada 3 anak , Puteri Nur Awatif Mirza (8 tahun) , Puteri Nur Afrina Mirza (4 tahun) dengan Megat Aqeel Mirza ( seminggu pada waktu tu ). Bayangkan si kakak, usia semuda tu luar nampak tabah tapi dalam hanya Allah yg tau betapa sakitnya hati dia pedihnya hati dia nak menghadap kenyataan yg "Papa dah tak ada" tapi aku percaya, dia kuat. Ya Allah, kau kuatkan lah Kak Noor ( isteri arwah) dengan anak anak serta ahli keluarganya ya Allah. Semua sedih dengan pemergian arwah. Mudah mudahan arwah tenang disana. Terima kasih abang Yop sebab banyak bagi nasihat dan menjadi sebahagian daripada keluarga wiwi. Terima kasih.

Kami tak perlukan duit abang yop utk bahagiakan kami, tapi cukuplah dengan kasih sayang yg abang yop bagi dekat kami sepupu abang yop. Cukup abang yop. Kami cukup bahagia, terima kasih atas segalanya. Moga roh mu tenang disana. Jangan risau abang yop, wiwi sentiasa berdoa mudah mudahan kita akan bertemu lagi di dalam syurga Allah yg kekal fana aamiin.

Sedekahkan lah al fatihah buat arwah. Dan doa kan lah agar arwah tenang disana. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment