Cantik.


Betul , aku setuju dgn certain pendapat "CANTIK ITU SUBJEKTIF" . Lain peoples lain preference dia dlm men-definisi-kan maksud "CANTIK" . Tbh, masa zaman sekolah memang aku tak kisah langsung pasal cantik ni tapi bila dah masuk alam 20-an aku mula berfikir maksud sebenar "CANTIK". Bagi aku cantik tu bermakna kalau engkau tak ada jerawat langsung atas muka , dahi jendul and bonus kalau kulit engko putih . Sekarang ni bersepah muka-2 org org dalam definisi "CANTIK" aku . Bersepah wey sampai kekadang self esteem aku memang merudum teruk bila buka insta *sis tak tipu*.

Aku mula berjinak jinak dengan supplement and krim pembantu utk aku putih . Aku tak tipu , kadang-2 aku rasa mcm diri aku ni tersangatlah desperate gilaaa nak putih . Itulah nama pun manusia , mana pernah bersyukur dgn apa yg ada padahal Allah dah cipta kita sempurna . Ntah kenapa manusia ni selalu ada sifat tak bersyukur *credit utk diri sendiri*. Tapi last-2 tak putih pun dah tu jerawat bertimbun naik atas muka . Aku memang menyesal gila ah beli krim ermm ntah lah nak cakap . Membuatkan kulit aku yg dulu sikit je penghuni sampai bersepah penghuni baru , tambah-2 atas dahi aku memang MASYAALLAH!

Aku ni memang ada self esteem yg sangat rendah , kadang-2 sampai terpaksa puji diri sendiri comel depan kenkawan and aku tau kenkawan aku pun mesti ada yg naik menyampah . Sbb bagi aku , biarlah aku sorang je selalu puji diri aku comel sebab tak ada yg nak puji and better aku hargai diri aku kerana "DIRIKU BEGITU BERHARGA" Hahahaha. Kadang-2 aku pernah terfikir , maybe ramai org tak suka aku sebab aku tak lawa "DAH LA GEMUK , PENDEK , HITAM , JERAWAT BANYAK" cuba bagitau aku , lelaki apa yg tak kisah semua ni ? Sapa ? Semua kisah wey dan sebab tulah aku rasa sampai kesudah aku membujang .


Ye , aku jealous dengan engko . Engko manusia KURUS DAN CANTIK BG DEFINISI CANTIK AKU . Doakanlah aku supaya berubah cemburu buta . Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment