Cantik.


Betul , aku setuju dgn certain pendapat "CANTIK ITU SUBJEKTIF" . Lain peoples lain preference dia dlm men-definisi-kan maksud "CANTIK" . Tbh, masa zaman sekolah memang aku tak kisah langsung pasal cantik ni tapi bila dah masuk alam 20-an aku mula berfikir maksud sebenar "CANTIK". Bagi aku cantik tu bermakna kalau engkau tak ada jerawat langsung atas muka , dahi jendul and bonus kalau kulit engko putih . Sekarang ni bersepah muka-2 org org dalam definisi "CANTIK" aku . Bersepah wey sampai kekadang self esteem aku memang merudum teruk bila buka insta *sis tak tipu*.

Aku mula berjinak jinak dengan supplement and krim pembantu utk aku putih . Aku tak tipu , kadang-2 aku rasa mcm diri aku ni tersangatlah desperate gilaaa nak putih . Itulah nama pun manusia , mana pernah bersyukur dgn apa yg ada padahal Allah dah cipta kita sempurna . Ntah kenapa manusia ni selalu ada sifat tak bersyukur *credit utk diri sendiri*. Tapi last-2 tak putih pun dah tu jerawat bertimbun naik atas muka . Aku memang menyesal gila ah beli krim ermm ntah lah nak cakap . Membuatkan kulit aku yg dulu sikit je penghuni sampai bersepah penghuni baru , tambah-2 atas dahi aku memang MASYAALLAH!

Aku ni memang ada self esteem yg sangat rendah , kadang-2 sampai terpaksa puji diri sendiri comel depan kenkawan and aku tau kenkawan aku pun mesti ada yg naik menyampah . Sbb bagi aku , biarlah aku sorang je selalu puji diri aku comel sebab tak ada yg nak puji and better aku hargai diri aku kerana "DIRIKU BEGITU BERHARGA" Hahahaha. Kadang-2 aku pernah terfikir , maybe ramai org tak suka aku sebab aku tak lawa "DAH LA GEMUK , PENDEK , HITAM , JERAWAT BANYAK" cuba bagitau aku , lelaki apa yg tak kisah semua ni ? Sapa ? Semua kisah wey dan sebab tulah aku rasa sampai kesudah aku membujang .


Ye , aku jealous dengan engko . Engko manusia KURUS DAN CANTIK BG DEFINISI CANTIK AKU . Doakanlah aku supaya berubah cemburu buta . Assalamualaikum

The same person .

Crush ? Aku sejenis manusia yang cukup susah nak betul-2 suka dekat someone but once aku dah suka , it's so hard for me to forget that special friend of mine . Aku ada sorang kwn yg aku gelar dia as my "SPECIAL FRIEND" . Aku ni sejenis manusia yg sangat sangat malu nak mulakan langkah tegur org well actually nak tegur jantina lain dari aku , tbh yes sangat susah and aku boleh friendly utk manusia yg berjantina lelaki yg memulakan conversation dengan aku . Serious aku tak tipu . Hope aku bukan manusia pelik :p . So , i had a crush dkt someone since i was in form 4 until now .Meaning to say dah 3 tahun lebih and yes dia still tak tau langsung yg aku sukakan dia sampai tahap mcm gini . I still can't forget about him . Dia lah sejenis manusia yg boleh sangat buat jantung aku function 100km/h bila aku tgk dia . Dia sejenis manusia yg susah nak cari and susah utk dilupakan.



I like almost everything about him . Zaman sekolah nama gelaran dia "LEMONADE aka Capital L " and aku pun tak tau mcm mana boleh terlekat nickname pepelik mcm ni . Kadang-2 kawan-2 yg tau tanya juga "Wiwi still tak boleh move on ka dgn mamat ni?" tbh , aku cuba but makin aku cuba makin dia lekat dlm hati aku . Last jumpa "Capital L" masa dapat result SPM and yes of course aku tau dia skrg study mana ? Course apa ? Haha , sis tak stalk melebih k gais . Sis tahu sis ada limit. Sis bertambah suka dekat dia masa dia ketuai bacaan yasiin kat sekolah setiap hari Jumaat . His voice bila baca yassinn masyaallah sistur , sis tak tipu segala jenis tulang dlm bdn sis ni bergetar sebab teruja and suka sangat suara si dia *tutup muka*


Sis ni bukanlah jenis famous satu sekolah , semua org kenal . TIDAK SAMA SEKALI . Sis cuma manusia yg tak dikenali hahahaha . Tbh , aku selalu curi tgk dia (Selalu sangat) tambah kalau jaga koop . And ada that one day he looked at me and damn guys , he saw me looking at him *emoji gelak sampai keluar air mata* perasaan malu bercampur bahagia :P . Nak tau rahsia pelik aku ? Benda ni aku amalkan dari aku f5 until dpt result SPM , it might nampak "silly" but aku still menaruh harapan at him . Setiap kali lepas solat , aku selalu selitkan nama dia dengan harapan dia "JODOH" aku . Walaupun aku tau yg dia bukan jodoh aku . He's too perfect to be mine :'p .


But still , I want you to be mine . Dear "Capital L" i wont give up on us :) . Assalamualaikum.